Friday, February 12, 2010

AKU HAMLATUL QURAN

Bisikan ketenangan menyelubungi nurani,
kesyahduan kurasakan amat bererti,
seringkali ku terdengar alunan suara insan-
insan kerdil membasahi lidah dengan
kalamMu Ya Ilahi,
Tiada putus-putus mendampingi kitabMu,
membaca,mentadabbur,meneliti ayat-
ayat suci,
segolongan insan yang dihormati,
segolongan insan yang dipandang tinggi,
Inilah insan yang yang bergelar Hamlatul Quran,
iaitu pendokong kitab suci,
Hamlatul Quran,itulah aku!
Terngiang-ngiang di telingaku ungkapan 
kata yang penuh makna,
Yang hanya dapat dihayati oleh hati-hati
yang suci,

Wasiat ibnu Mas'ud yang berbunyi: 
"...seharusnya bagi seorang Hamlatul Quran
itu mengetahui..
Malamnya ketika dibuai mimpi,
siangnya ketika manusia enak dinikmati
juadah,tangisannya ketika manusia
bergelak ketawa,diamnya ketika manusia
berkata yang sia-sia,dan khusyu'nya
ketika manusia leka dengan kehidupan dunia.."
Aku merenung sejenak,
Hamlatul Quran..begitukah aku?
Kata-kata itu mengetuk fikiranku,
menyentuh hatiku,menyedarkan aku dari
lamunanku,
Betapa Hamlatul Quran yang hakiki,
Adalah insan yang sanggup bermujahadah
dalam kepayahan,
Mampu berkorban dalam tangisan dan rela
imannya diuji dengan keperitan 
Baru kusedar..Hamlatul Quran
Kau luar biasa!

Tatkala kuimbas kembali kisah silamku yang 
penuh dengan kelalaian,kealpaan,keseronokan
seperti orang-orang kebanyakan,
Sememangnya tidak layak untuk diri ini
dianugerahi dengan permata ilahi
Yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding
dengan diri yang dhaif ini...
Namun...kau anugerahkan jua aku kemuliaan 
ini,
Menjadi salah seorang insan pilihanMu
Di dalam dunia Hamlatul Quran yang prnuh
Dengan janji-janji manis di akhirat nanti
Ibu bapaku bakal Kau pakaikan dengan
makhkota sebagai hadiah pengorbanan mereka
mendidikku mengenali kehidupan insani.
Tidak mahukah engkau dibangkitkan dengan
sinaran cahaya jernih yang terpancar pada
wajah yang berseri-seri?
Hamlatul Quran,alangkah beruntungnya
dikau...!

Sahabat-sahabat Al-quran,
Sudahkah Al-quran menakluki jiwamu?
Menjadi kekasihmu,buah hatimu  yang tiada
bertepi?
Ataukah manusia yang masih bertakhta di
sanubari?
Ataukah kasih manusia yang masih kau
damba?
Pernahkah kau rasakan Al-Quran itu teman
sejati?
Adakah impianmu sekadar ilusi dalam
fantasi..
Yang implikasinya tidak sama dengan realiti
kehidupan Hamlatul Quran?
Sahabatku...
Ingatlah,kita dipertemukan kerna Al-
Quran
Ukhuwah mahabbah yang terjalin ini atas nama Al-Quran
Dan semoga perpisahan kita adalah
semata-mata untuk meneruskan perjuangan
demi Al-Quran

Ya Allah
Jadikanlah kami Hamlatul Quran yang
sejati dan hakiki
Sebagai penyejuk mata,penawar hati
setiap insan di muka bumi
Agar kehadiranku di dunia ini bermakna
Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan
ynag Kau beri
Sesungguhnya kehidupan di dunia ini
sungguh indah tidak terperi
Dengan alunan ayat-ayat suci yang sentiasa
bermain di mulut,telinga dan di hati
Lantas itu
Ku pinta padaMu ilahi
Agar saat-saat akhir hayatku
Alunan kalamMu jua yang mengakhiri
pemergianku...


Monday, November 23, 2009

sayangnya RASULALLAH s.a.w. kepada kita...

Bismillahirrahmanirrahim...







assalamualaykum semue..semoge ceria2 slalu..huhu..






emm, sape eh malaikat yg cabut nyawe kite??sape lg kalau bukan malaikat Izrail..bile ajal seseorg tu dah sampai,die la yg in charge..tak kire la kite kat mane,brape usia kite.. namun, rasulAllah s.a.w. sgt2 mulia..time akhir hayat baginda,masa malaikat Izrail nak cabut nyawe baginda,Izrail siap ketuk pintu umah lg nak masuk umah rasulAllah s.a.w..ketika tu saidatina Aishah lah yg sedang menjage rasulAllah s.a.w..memule Aisyah kate,"jangan ganggu rasulAllah,die tgh sakit"..tp rasulAllah kate kat Aisyah,"biarkan dia masuk"..maka malaikat Izrail pun masuk dan ketika itu beliau ditemani malaikat Jibril...sesungguhnya Jibril nak sgt besame rasulA llah s.a.w. di akhir hayat baginde..







time malaikat Izrail dah nak amik nyawe rasulAllah,baginda x ingat pun isteri2 n anak2 nye,tp baginda tanye Jibril,"apekah kelebihan yg Allah dah janjikan utk umat2ku??"..baginda xde pun cakap kat Jibril,"eh,ko tolong jagekan isteri kesayanganku ye"...sememangnya rasulAllah s.a.w sgt2 syg kat kite selaku umatnya..






pastu,time nyawa baginda ditarik oleh malaikat Izrail,time tgh2 sakit2 tu,rasulAllah s.a.w. ckp,"kalau begini lah sakitnya nyawa ditarik,biarlah aku menanggung kesemue kesakitan yang dirasai oleh umatku ketika mrk mghadapinya"...sampai camtu skali syg nye rasulAllah s.a.w. kat kite..






namun, sejauh mana kita menyayangi Rasul junjungan kita itu???berapa banyak pengorbanan yang telah kita sumbangkan untuk meneruskan perjuangan insan kesayangan itu?hanye Allah dan diri kite sendiri yg tau...byk sungguh pengorbanan insan terunggul itu utk kite..slalu ke kite beselawat keatasnya??ke asyik dengar lagu2 yg melalaikan??tanye lah diri kite sendiri ye...






diakhir2 hayat rasulAllah s.a.w.,terdapat satu perkara yang baginda ingatkan untuk kita semua.."ummati,ummati(umatku,umatku)...assolah,assolah(solat,solat)"...


sahabat yg disayangi, sesungguhnya solat itu penting sgt2..xde pun baginda ingatkan kite spy kite jgn lupe sms pelajar2 akadema fantasia ...tul tak??same2 lah kite jage solat kite ye...marilah kite berushe menanamkan sifat syg yg amat mendalam kpd junjungan besar kita krn pasti dan pasti,jike kita syg baginda, maknenye kite syg kat Tuhan kite,Allah S.W.T..insyaAllah...moge selembar tulisan ini mampu mmberi peringata kepada kita semua...wallahua'lam...semue yg diatas diriwayatkn oleh saidatina Aisyah..if ade salah,tlg betulkan ye..:-)




'May Allah sprinkles His Blessings over us'

Saturday, August 29, 2009

10 K dalam persahabatan


"Ikatan persahabatan itu seperti untaian tasbih yang ada awal tiada PENGHUJUNG. Dicantum demi Cinta-Nya, diratib demi Redha-Nya." Di sini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai pendapat saya tentang persahabatan. Selama 19 tahun hidup di bumi Illahi ini, telah banyak perkara yang saya pelajari tentang kehidupan. Tentang keluarga, cinta dan persahabatan. Namun, hari ini, saya hanya ingin berkongsi mengenai semua yang telah saya lalui sepanjang bersahabat dengan bermacam-macam jenis manusia. Setiap orang dianugerahi Allah dengan kelebihan, kebaikan dan keindahan masing-masing. Begitu juga dengan kekurangan, keburukan dan kelemahan masing-masing. Begitulah sunnatullah. Begitu indah sekali aturan-Nya. Betapa adilnya Dia, menciptakan setiap benda secara seimbang. Begitu juga halnya dalam persahabatan. Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap Allah sejak azali lagi. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang dan pelbagai lagi. Macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati setelah bersahabat dengan seseorang. Setelah menimba pengalaman bersahabat dengan ramai orang, saya ingin membuat kesimpulan mengenai 10 'K' yang perlu dalam sesebuah persahabatan.

"Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!" 10 K dalam PERSAHABATAN

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah). *

KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya. *

KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka. * KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.


* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe). Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan. Maaf kalau agak membosankan, namun saya tetap ingin berkongsi pendapat saya mengenai topik ini.


"Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?"


nazrul...

Saturday, July 18, 2009

FoLLoWerS...

Erm...ana tgk followers ana cket jew..erm..saper yg tgk blog ana nie rajin2ler jg followers..erk??
pliz

bEbuDAk dArJaH 6 KaT sKolA AnA

salam...post nie khusus untuk bebudak darjah enam kat skola tercinte ana al-amin tuh..kre pangkat adek la..sbb ana ting 1..korang still standard 6..hehe..jgn mrh..

Em..taun nie kan korang SPPM n UPSR kan??em..dari yang ana tau..SPPM korang dh lepas kan??hehe..caner SPPM ok x??susah ke sng??bg la taw..em..meh abg nazirul nk cite..(hehe..saje je)erm..mse ana nk UPSR dulu kan..ana x bnyk p0wn prepare..ana mmg mls dulu..mls nk blaja..tp..untuk adek2 ana y darjah 6 nie..ana nasihatkan blaja elok2..kite blaja nie bkn untuk dunie sahaje..malah untuk diakhirat taw..

Ke-2..erm..tp kan..kalau lah korang blaja banyak mane pown..kalau hubungan ngan allah,mak ayah,kawan2 serta muallim n muallimmah(guru2) x dijage..boleh ana katekan sie2 jelah kalau antum blaja bnyak2 tuh..buang karen jew..ingat eh..kite kne jage hubungan kite ngan dyeorang sume tuh..

ke-3..lepas prikse UPSR nie..korang kne berdoa bnyk3..mintak allah beri kejayaan..tp korang kne lah buat bersungguh2 taw..kalau berdoa saje bersungguh2 xder..baik x pyh..buat solat hajat banyak2..sng jew..bkn brat pown..skurangnye..4 rakaat shari..ingat lah pesanan ana..walaupun korang mungkin lpekan ana..ana x prnah lpekan kawan2 ana n adek2 ana kat skola al-amin..kalau ana ader buat salah smuanye dtg dari ana n yg baik dtgnye dr ALLAH S.W.T...

INGAT ERK??

Friday, March 6, 2009

Umh...!! bEzTnYe!!!

SalAm....
Beztnye...
nak taw x sebab ape??

Skola kiteorang cuti 1 minggu lebih awal...hehehe
bestnye...syok selalu...tapi..kiteorang ader banyak ar keje skola kene buat..
antaranye...kne menghafal....ana dh hafal 1 juz dh...cuti due minggu nie..kiteorang kne hafal banyak2...

Em...keje akedemik x bnyk..1 je..sbb kan kireorg x blaja ag..kiteorg menghafal je keje..hehehe..
penat taw mengahafal..jangan ingat x penat..sbb kite gne otak...otak pon x kan x penat..

Em..ana rancang..nk pergi skola lame ana..em..tp entah ar..itu cume rancangan..x taw ag nk pergi ke x..

rindunye!!x tertahan....saper dari skola lame ana yg bce blog nie..
I MISS U GUYS SO MUCH!!
x cukup meluahkan saja..ku ingin bertemu korang!!(hehe)
SAHABATMU,
NAZIRUL....

sEkoLaH oO0 sEkoLaH...

Ssalam...umh...ana nk cakap kat sahabat ana yang dari darjah 1 yg nk sangat taw pasal skola ana yg baru nie...

Sahabatku,
ana nk mintak maaf bebanyak yek..sbb kalo nk tulis psl skola ana tu...bnyk sgt nk kne tulis...ana pown penat nk tulis...

tapi untuk buat kau x rase sedey...ana ade jumpe blog skola ana...
inie dye..amik taw jgn x amik..:)
www.ululababkoputra.blogspot.com...

Sahabat,
moga2 anti ceria n gembire selalu.....
sahabatmu,
nazrul.....